Tuesday, January 13, 2009

Kenapa Mama Selalu Cakap Pedas Dalam Kelas.....

Bagi pelajar Interpersonal communication Mama, tentu nya anda semua perasan kenapa Mama selalu bagi `straight to the point comments' atau kata2 pedas tentang kawan2 U all. Bukan apa... ianya salah satu cara mengajar anda semua tentang keberkesanan Komunikasi dalam kehidupan kita. Manusia memang ada pelbagai ragam. Begitu juga pelajar. Mama memegang amanah untuk menjadi tenaga pengajar yang bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi mendidik anak bangsa supaya ada jati diri. Pada Mama jika awal2 semester sudah pandai `kencing' dan `kelentong' lecturer dan pandai pulak belakon untuk mendapat simpati...alamatnya bila dah kerja orang macam ni akan jadi VIRUS HIV dalam organisasi media. Biarlah Mama menjadi penawar bagi VIRUS ini dalam diri anda untuk menjadikan anda manusia yang lebih berkualiti bila keluar bekerja. Dalam subjek Interpersonal kita belajar tentang ethic atau dalam bahasa mudahnya ` adab dalam berkomunikasi. Jadi sudah seharusnya anda semua mempraktikkan apa yang kita belajar didalam kelas untuk menjadi orang2 media yang bukan sahaja bijak dan berhemah bila berkomunikasi tetapi juga dihormati dari segi sikap dan peribadi yang baik. Tidak dinafikan pelajar Masscom sering dilabelkan sebagai golongan yang celupar mulutnya, tajam penulisannya. Namun begitu ianya tidak bermakna kita tidak bermoral. Penulisan yang tajam dan kritikan terhadap sesuatu isu membangun membina minda kita dan membantu mereka yang masih `lena dibuai mimpi' Oleh itu penulisan kita akan membuatkan sesetengah pihak yang lalai terjaga dari mimpi indah mereka lalu memberi respon terhadap kejutan itu. Menyentuh mengenai adab dan sopan sebagai manusia Melayu. Mama mempraktikkan sesuatu yang murni untuk kita amalkan. Teguran demi teguran yang membangun dengan bahasa kiasan dan sindiran Mama didalam kelas adalah untuk menyedarkan anda semua bahawa, kita masih orang Melayu yang penuh dengan adat walaupun dunia dah tak pandang lagi pada itu semua. Biarlah orang lain nak kata kita kolot dan kita tak professional hanya kerana masih meminta izin untuk ketandas atau meminta izin untuk keluar kelas...tapi bagi Mama ini menunjukkan sikap menghormati orang tua dan budaya yang masih mengikat kita selagi kita bernama Melayu.Mungkin pensyarah yang berkata demikian terlalu professional sehingga menjadi contoh kepada pelajar lain bahawa sikap kurang ajar beliau adalah lambang Kemajuan Minda mereka yang terlalu tinggi akademiknya....dan ianya harus dibanggakan dengan meletakkan istilah professional agar ada kelas bila disebut. Namun bagi Mama ketinggian pencapaian akademik harus seiring dengan akhlak dan sifat murni. Jadilah resmi padi ` semakin tunduk semakin berisi'Bukan angkuh dengan pencapaian akademik tetapi tipis nilai murni dan susut akhlak mulia. Mama selalu cakap Mamalah Makcik Melayu terakhir, kerana Mama memang pelik kat Masscomm ni...ya...` I am a typical Malay lady' yang masih kuat dengan adat budaya dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Budaya hormat menghormati dan budaya bersalam harus kita hidupkan kembali sebagai sebahagian daripada ciri-ciri murni pelajar Masscomm. Memang ada yang cakap perkara2 macam tu nampak macam `very the kampung' dan tak sesuai diamalkan dizaman siber ni. `Orang Malaysia dah jadik angkasawan, awak masih tunduk pada adatlama' Bagi Mama, itu pandangan orang yang terlalu moden pemikirannya sampai cuba lari dari norma kehidupan yang baik kerana terpengaruh dengan ideology Barat songsang. Orang barat sendiri punya ciri2 baik yang boleh kita contohi....tapi malangnya orang Melayu ni lebih suka ikut yang buruk dari yang baik. ya....Melayu mudah lupa dan lupa diri... Kepada pelajar2 yang rasa serik dengan Mama...( kena marah dalam kelas, kena jerit) anda masih boleh membuat pilihan sebelum terlambat. Ada dua kelas lagi yang masih kekurangan pelajar. Harus diingat , bila melangkah ke Kelas Mama anda berada di paradigma lain. bayangkan anda seolah2 berada dizaman ` Kegemilangan Melayu" penuh dengan adab dan budaya maalumlah Mak Cik Melayu terakhir. Mama benci orang kurang ajar, Mama tak tahan orang yang suka menipu dan membohong, Mama tak boleh tengok orang yang hipokrate. Biar anda tidak pandai, kita boleh belajar kerana semua yang datang ke UiTM dalam proses belajar. Jangan terlalu pandai sampai tak boleh diajar. Banyak perkara kita nak belajar. Biar wajah kita tidak cantik asalkan berbudi bahasa yang baik dan molek perangai bila dipandang. Jadi pelajar Interpersonal Communication sekalian, kita akan menerokai dunia interpersonal kita dengan cara yang amat unik selama satu semester ini. Jadilah anak2 didik saya yang bukan saja berilmu tetapi berakhlak mulia. Semoga jumpa lagi didalam kelas setiap hari Selasa 5 hingga 8 malam.

Wednesday, January 7, 2009

Selamat Datang Pelajar-pelajar Baru Masscomm.....

Semester ni Mama dapat mengajar enam sequence pelajar2 semester satu dalam Fakulti kita, Publishing, Advertising, broadcasting, MC 226, 227 and 228. Rasanya semester ini mempertemukan mama dengan hampir kesemua pelajar baru semester satu. Dua sequence lagi iaitu Journalism dan PR diajar oleh pensyarah lain. Kesempatan ini mama ambil untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Ternyata mereka tak banyak beza dari senior2 Masscomm yang peramah, comel dan berbudi bahasa. Gembira bertemu mereka buat pertama kalinya. Pastinya mereka juga akan menjadi pelajar2 cemerlang sama seperti senior2 Masscom yang lain. Apapun Mama berharap mereka harungi semester ini dengan tabah kerana sebagai orang baru mereka perlu banyak belajar dan mengenali rakan2 yang lain serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Kepada pelajar2 lama jangan buat prejudment yang terlalu awal...begitu juga pelajar2 baru pandai2 membawa diri sebagai orang baru, jangan cepat rasa tertekan dengan persekitaran di Fakulti. Kita ni semua tak pernah sempurna dan seperti yang biasa mama sebutkan Masscomm ni always in a Mess....so pandai2 menyelesaikan apa juga masalah yang menimpa anda masa di sini. Dengan cara itu anda semua dapat survive dalam kehidupan sebagai siswa dan siswi Universiti. Semangat survival inilah yang kita perlukan untuk menjadikan kita Mahasiswa yang tahan lasak dan bersemangat juang yang tinggi. Kepada pelajar senior dekatilah pelajar semester satu ini dengan berhemah. Mereka perlukan bimbingan orang lama yang lebih berpengalaman mengarungi onak dan duri dalam Masscomm ni. First impression is the most important dalam diri seseorang. Mama sentiasa doakan pelajar2 sekelian mempamerkan semangat setiakawan yang kukuh antara kita semua. Dengan cara itu semua aktiviti dapat kita jalankan dengan lebih mudah, berkesan dan teratur. Selamat datang pelajar2 baru dan good luck.

Wednesday, December 31, 2008

Tahun baru...Semester baru...Cabaran baru.

Bermulanya tahun 2009. Tahun 2008 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan dan pengajaran. Semester baru dibuka pada 30 Disember 2008, tapi Mama tidak dapat menghadirkan diri ke Fakulti kerana demam dan sibuk dengan urusan peribadi. Mungkin demam itu petanda segala penyakit 2008 dibersihkan untuk berhadapan tahun baru yang lebih mencabar dan menjanjikan satu kejayaan buat Mama. Semester baru pastinya penuh cabaran lagi. Bagi Mama usia sudah meningkat setahun lagi dan rasa syukur pada usia sesenja ini Allah masih panjangkan usia Mama untuk berbakti pada masyarakat dan keluarga. Sepanjang menjadi pensyarah, dunia Mama berkisar dengan kehidupan bersama pelajar. Mama benar2 mengabadikan diri pada profession ini kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ini menjadikan Mama mudah rapat dan memahami masalah pelajar khususnya remaja. Setiap tahun dan setiap semester pelajar silih berganti, ada yang masih mengingati Mama bila dah kerja ada juga yang buat2 tak kenal bila berjumpa diluar. Bagi Mama yang penting adalah ilmu yang mama curahkan pada setiap pelajar. Jika mereka cuma ada IQ ( Intelligent Qualities)dan tidak ada EQ ( Emotional Qualities) dan SQ (Spiritual Qualities) bila keluar bekerja mereka mudah riak dan melupakan asal usul mereka. Pelajaran bagi mereka hanya sesuatu yang melonjakkan diri pada kejayaan hidup material sahaja sedangkan jiwa mereka kosong dan dipenuhi dengan ego dan tiada rasa hormat menghormati. Setiap pelajar itu berbeza. Begitu juga dalam menerima sesuatu ilmu yang disampaikan. Interpretasi penerimaan ilmu dan penterjemahan ilmu yang diperolehi akan membezakan mereka dalam ketinggian peribadi dan penghayatan perjalanan hidup menggunakan ilmu yang diperolehi. Ada pelajar yang hanya mengejar A dalam hidup mereka. Matlamat utama mereka ialah straight A's dan mereka sanggup lakukan apa saja demi mendapat A. Sikap hipokrasi mereka jelas terbukti jika mereka gagal mendapat A, pensyarah itu hanya dikenali waktu mengajar mereka sahaja, selepas dari itu mereka delete nama dan wajah pensyarah dari File minda mereka. Tanpa menoleh kebelakang lagi golongan seperti ini adalah manusia hipokrate yang pandai berpura-pura dan bijak menggunakan strategi paling licik memujuk dan memainkan kata2 sehingga berjaya mencapai matlamat uyang dituju. Akhirnya apabila bekerja mereka inilah yang menjadi golongan penghasut boss, tukang kipas dan zalim bila menjadi ketua. Bagi mereka yang seperti ini tujuan belajar hanya mendapat kecemerlangan akademik tanpa memikirkan soal spiritual yang ditekankan sewaktu menimba ilmu. Pada dasarnya ilmu menjadikan manusia lebih berhemah, berkeperibadian tinggi dan paling penting menjadikan diri lebih bertaqwa. Malangnya ada segelintir manusia semakin tinggi ilmu nya semakin ego diri dan semakin buruk perangainya. Justru dapat dilihat dari sudut material ilmu dikomersialkan untuk melahirkan insan yang rendah akhlak dan moral. Oleh itu amatlah penting setiap pelajar mempunyai gabungan mantap 3Qs ini dalam mengharungi hidup sebagai Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti yang dikatakan gedung melahirkan cerdik pandai duniawi ini. Jika tiga komponen Q ini menjadi sebahagian dari hidup pelajar, Mama percaya mereka akan menjadi insan terpelajar yang bukan sahaja tinggi ilmunya malah akhlak dan peribadi yang cukup terpuji. Biarlah Mama ceritakan beberapa insiden pelajar tidak menegur Mama waktu diluar kelas. Bukan Mama ni DIVA sangat mahu ditegur, tapi setidak-tidak nya dengan senyuman sudah membawa erti yang cukup besar bagi Mama. Mungkin mereka punya sebab sendiri tidak mahu menegur Mama, mungkin juga bagi mereka ikatan pelajar dan pensyarah hanya dalam lingkungan bilik darjah sahaja. Mungkin dan banyak kemungkinan lain. Shah Alam ini bukanlah besar sangat. Bak kata orang utara `pi mai pi mai dok tang tu ' jugak. Mama memang suka `merayau' dan sebagai bekas wartawan dan kini masih berjiwa wartawan Mama suka melihat gelagat manusia walau dimana mereka berada. Tidak mustahil Mama terserempak dengan pelajar dan bekas pelajar Mama. Namun ada yang buat muka tak kenal walaupun Mama cukup kenal mereka. Jarang Mama lupakan students Mama. I have a very good memory dan boleh ingat nama mereka walaupun dah lima tahun Mama tak ajar mereka. Kemesraan Mama adalah antara satu punca mama mampu mengingati nama dan wajah pelajar. Ada segelintir pelajar menunggu Mama menyapa mereka. Bukan mereka yang dulu mebegur pensyarah. Tapi responnya juga cukup hambar. Umpamanya dengan penuh excited mama akan tanya U students saya kat Arau dulu kan??? Atau...Dulu saya ajar U kat Puncak Perdana kan???? jawapannya...Ya...lepas tu terus berlalu dengan wajah kurang ceria. hati siapa yang yang tak sakit bila jawapan yang tidak ada ` interpersonal' itu diberikan pada Mama. Sedih dan hampa kerana mereka tidak mendapat penghayatan ilmu dalam bentuk spiritual. Sesekali Mama menyuarakan rasa kecewa dengan sikap segelintir pelajar ini kepada beberapa rakan pensyarah. Jawapan mereka ialah... " tu lah pasal...aku dah cakap dengan kau jangan baik2 sangat dengan students ni...mereka ni ada hidden agenda. Nah sekarang ko yang rasa sedih dan membawa ke sakit jantung kau tu dan meningkatkan tekanan darah tinggi.... Buat apa layan sangat budak2 tu...jadi je macam kitorang tu...dalam kelas aje kami kenal kat luar pi mampus korang" Berdesing telinga Mama dengar nasihat rakan2 yang tak boleh digunapakai tu... Tapi harus diingat bukan semua students macam tu...seperti kata pepatah `sebab nila setitik rosak susu sebelanga' . Bagi Mama jika pelajar mahu mengingati pensyarah atau tidak ...itu hak mereka. Kita dah bagi ilmu yang terbaik kepada mereka terpulang bagaimana mereka mahu menggunakannya. Kepada semua yang membaca blog Mama ini, renung2kan dan ambil iktibar dari segala yang berlaku. Walau bagaimana teruk pun seorang guru itu kita mesti menghormati ilmu mereka dan restu seorang guru sama seperti restu seorang ibu kepada anak2nya. Selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca dan selamat melangkah ke semester baru kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shah Alam.

Tuesday, November 18, 2008

Selamat menjalani dunia baru....

Baru tadi aku bersama beberapa pelajar semester lima yang akan meninggalkan Fakulti untuk menjalani latihan praktikal mulai Disember ini. kami mengadakan perjumpaan Farewell di sebuah restoren di Seksyen 7. Suasana meriah tapi ada terselit sedikit kesedihan. Memang cepat masa berlalu. Aku masih ingat lagi aku mengajar mereka di semester satu, subjek sosiologi, kemudian subjek Interpersonal dan disemester lima Communication Planning and Message Design. Ketika di semester satu wajah2 suci mereka terserlah, ya..semua muka nampak baik-baik dan skema je...tapi sekarang mereka banyak berubah dan memeperlihatkan peningkatan diri yang boleh dibanggakan. Aku bangga menjadi pensyarah mereka. Doa aku buat semua yang akan mejalani latihan praktikal, tabahkan hati dan berikan sepenuh komitmen kepada tugasan anda. Ingat `kehidupan sebenar anda baru hendak bermula'. langkah pertama ke latihan praktik menduga mental dan fizikal kita...selamat menghadapi realiti kehidupan.

Saturday, September 13, 2008

Ramadhan Menduga keimanan

Hari ini sudah 13 hari kita berpuasa. Pelbagai dugaan dalam bulan yang mulia ini kita lalui dengan penuh kesabaran. Pelajar tetap seperti biasa, datang kekuliah dan masih bersemangat meneruskan pelajaran dalam keadaan yang letih dan berpuasa. Sememangnya Ramadhan yang datang menginsafkan kita dan memberi kekuatan untuk kita menebus segala silap dan salah serta kealpaan kita selama ini. Proses pembelajaran walaupun nampak agak lembab, namun pelajar2 patut dipuji kerana meningkatkan perubahan spiritual dan menjadi insan yang lebih baik. Apa yang menariknya pada bulan ini ialah saya berkesempatan bersama pelajar berbuka puasa di luar serta mengerjakan solat bersama-sama. Tidak dapat dibayangkan kegembiraan saya dan pelajar2 apabila kami berada di rumah Allah yang tersergam indah didalam Masjid Negeri Shah Alam untuk menunaikan solat selepas berbuka puasa. Terasa ketenangan begitu menusuk jiwa. Keinsafan terpanggil bila duduk bersama-sama mengerjakan amal dan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Semoga kita terus mengamalkan apa yang baik dalam bulan ini dan menjadikan nya sebagai rutin hidup kita. Kepada semua pelajar, tingkatkan usaha dan sentiasa berdoa pada Allah agar memberkati hidup kita dan memudahkan segala urusan kita di dunia ini. Amin....

Sunday, August 24, 2008

Cuti rehatkan minda.

Selamat kembali kekampus pelajar2 yang disayangi. Cuti rehat seminggu ini mungkin penuh bermakna bagi semua pelajar. Ini terpulang pada tafsiran `cuti' bagi setiap pelajar. Ada juga yang kata `cuti macam tak cuti je" Mungkin juga ada yang mengeluh kerana cuti seminggu ini dibebani dengan tugasan yang `tak menang tangan' untuk disiapkan. Begitulah lumrah hidup sebagai pelajar, tugasan dan tanggungjawab terhadap akademik tak pernah `berehat' walaupun secara bertulisnya ia bermakna merehatkan diri dari menghadiri kuliah dan bertemu pensyarah yang pelbagai karenah. Esok bermula kesibukan di kampus, yang telah agak lengang dan sunyi setelah pelajar2 kembali kekampung halaman masing-masing seminggu lalu. Jalanraya di kampus seminggu lalu agak tenang dan tidak sesibuk waktu kuliah biasa. Pensyarah pula tidak segelabah hari2 kuliah yang mana mereka juga kelihatan berserabut dan nampak kucar kacir. Namun ketenangan mereka seminggu lalu sambil menghirup kopi dan teh dikafeteria kini mula kembali bergetar. Gosip dan kesantaian perlu di pendekkan akibat mengejar masa dan acara rebut merebut lift serta kepadatan tangga Fakulti kembali memeriahkan Fakulti Masscomm. Tidak dinafikan senario ini satu keseronokan di zaman belajar. Cerita seminggu yang dikumpul untuk dikongsi bersama rakan akan menjadi topik perbualan ramai pelajar yang memulakan kelas esok pagi. Pastinya kekecohan itu menjadi luarbiasa kerana masing2 ingin berkongsi pengalaman bercuti dan luahan rindu pada teman2 sekelas yang ditinggalkan untuk bersama keluarga pada cuti pertengahan semester. Pada pelajar2 sekelian, nasihat saya, jangan sampai pensyarah naik angin sebab pelajar terlalu taksub bercerita kisah bercuti sampai lupa waktu kuliah. Kepada pelajar2 saya, terima kasih kerana berjaya menyiapkan tugasan yang saya berikan waktu cuti pertengahan semester. Jangan lupa masuk kelas nanti bawa bersama `master piece' anda dan jangan pula ada yang buat alasan `hilang ingatan' untuk menyiapkan tugasan saya. Anak2 semester satu dan dua, roda perjalanan dan pengembaraan kita baru bermula. Masih ada lagi sesi pengembaraan akademik yang belum kita terokai. Bersabarlah kerana proses pembelajaran suatu yang menyeronokkan dan anda semua pasti menyimpan memori ini sehingga semester akhir nanti. Kepada pelajar2 semester akhir yang perlu menyiapkan tesis anda, saya sentiasa bersedia melihat perkembangan research anda, pastikan analisis dan metodologi yang dijalankan tidak menyimpang dari tajuk anda. Ingat peri pentingnya anda berjumpa saya untuk sesi konsultasi tesis dan perbincangan. Pesanan khas buat `Change Agents' saya, outing seterusnya ialah pada hari Sabtu ini 30 Ogos di Kompleks Penyayang Warga Emas Seksyen 24 jam 7.30 pagi. Pastikan anda tiada temujanji lain selain bersama warga emas disitu dan saya sendiri. Mungkin ada yang mengeluh memang penat `berouting' bersama MAMA, selepas program Tautan Kasih di teluk Mas, Melaka ada lagi outing....namun telah dijelaskan pada awal semester, kelas Communication and Change adalah kelas yang mencabar minda dan fizikal anda. Jadi, jika anda ingin melihat perubahan diri dari segi mental. fizikal dan spiritual teruskan bersama saya hingga akhir semester. Jawapannya akan anda temui kelak. Kepada semua, selamat kembali ke kampus dan jumpa di kelas nanti. Salam sayang untuk semua.

Tuesday, August 12, 2008

Isu menggegarkan UiTM

Ketenangan dan kerancakkan kuliah semalam digegarkan dengan isu sensitif mengenai cadangan kerajaan Negeri Selangor untuk membuka kemasukan 10 peratus pelajar bukan bumiputera ke UiTM. Bagaikan satu ledakan dan tamparan dipipi , isu itu terus hangat diperkatakan di seluruh cawangan UiTM di negara ini serta mendapat pelbagai reaksi daripada warga UiTM khususnya. Di Shah Alam satu demonstrasi membantah cadangan itu dilakukan lebih 3,000 pelajar UiTM di SUK dan kemudiaannya di perkarangan rumah MB. Sememangnya isu ini amat sensitif jika dikaji secara mendalam. Walaubagaimanapun, jika dilihat dari sudut positif, cadangan ini umpama satu `wake-up call' yang agak keras khususnya kepada pelajar2 yang masih enak diulit mimpi' untuk bangun dari zon selesa mereka. Sebagai pensyarah, saya berpendapat gegaran dan tamparan seperti ini amat baik untuk memberikan amaran kepada pelajar2 yang malas dan masih tidak menghargai jasa UiTM kepada mereka selama ini. Jika selama ini mereka mengamalkan ` attitude' tak kisah atau `tak angkat pot ' kata orang muda sekarang, masa nya sudah tiba untuk mereka dikejutkan dengan gegaran yang boleh membuatkan mereka serik untuk bermalas-malasan dan terus bersaing sesama sendiri untuk memajukan diri. Sejak lebih 30 tahun lalu, UiTM sudah banyak berjasa kepada ramai pelajarnya dinegara ini. Keistimewaan yang diberikan UiTM kepada pelajarnya tidak terdapat diIPTA lain. Sebagai produk ITM saya berbangga dengan pencapaian saya dan tanpa bantuan ITM saya tidak mungkin berada ditempat saya sekarang. Malang sekali ada segelintir pelajar yang masih tidak sedar diuntung dan hanyut dengan segala macam bentuk penjajahan minda yang negatif. Akhirnya mereka hanyut dan paling sedih apabila melihat tangisan ibubapa apabila anak2 mereka dibuang kerana pencapaian akademik yang sungguh rendah dan penglibatan anak2 dalam masalah sosial. Oleh yang demikian sama-samalah kita renungkan isu ini. Kemana arah tuju kita dan apakah tindakan proaktif kita dalam mengekalkan UiTM sebagai milik bumiputera yang tersohor di negara ini. Tepuk dada tanya selera......