Tuesday, August 12, 2008

Isu menggegarkan UiTM

Ketenangan dan kerancakkan kuliah semalam digegarkan dengan isu sensitif mengenai cadangan kerajaan Negeri Selangor untuk membuka kemasukan 10 peratus pelajar bukan bumiputera ke UiTM. Bagaikan satu ledakan dan tamparan dipipi , isu itu terus hangat diperkatakan di seluruh cawangan UiTM di negara ini serta mendapat pelbagai reaksi daripada warga UiTM khususnya. Di Shah Alam satu demonstrasi membantah cadangan itu dilakukan lebih 3,000 pelajar UiTM di SUK dan kemudiaannya di perkarangan rumah MB. Sememangnya isu ini amat sensitif jika dikaji secara mendalam. Walaubagaimanapun, jika dilihat dari sudut positif, cadangan ini umpama satu `wake-up call' yang agak keras khususnya kepada pelajar2 yang masih enak diulit mimpi' untuk bangun dari zon selesa mereka. Sebagai pensyarah, saya berpendapat gegaran dan tamparan seperti ini amat baik untuk memberikan amaran kepada pelajar2 yang malas dan masih tidak menghargai jasa UiTM kepada mereka selama ini. Jika selama ini mereka mengamalkan ` attitude' tak kisah atau `tak angkat pot ' kata orang muda sekarang, masa nya sudah tiba untuk mereka dikejutkan dengan gegaran yang boleh membuatkan mereka serik untuk bermalas-malasan dan terus bersaing sesama sendiri untuk memajukan diri. Sejak lebih 30 tahun lalu, UiTM sudah banyak berjasa kepada ramai pelajarnya dinegara ini. Keistimewaan yang diberikan UiTM kepada pelajarnya tidak terdapat diIPTA lain. Sebagai produk ITM saya berbangga dengan pencapaian saya dan tanpa bantuan ITM saya tidak mungkin berada ditempat saya sekarang. Malang sekali ada segelintir pelajar yang masih tidak sedar diuntung dan hanyut dengan segala macam bentuk penjajahan minda yang negatif. Akhirnya mereka hanyut dan paling sedih apabila melihat tangisan ibubapa apabila anak2 mereka dibuang kerana pencapaian akademik yang sungguh rendah dan penglibatan anak2 dalam masalah sosial. Oleh yang demikian sama-samalah kita renungkan isu ini. Kemana arah tuju kita dan apakah tindakan proaktif kita dalam mengekalkan UiTM sebagai milik bumiputera yang tersohor di negara ini. Tepuk dada tanya selera......

Monday, August 11, 2008

Pembuka Bicara

Assallammualaikum.... Salam buat semua yang mengenali Mama. Hari ini Mama akan memulakan bicara Minda Mama dalam blog yang di buka khusus untuk semua pelajar Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam bekas pelajar Mama dari Fakulti Masscomm, Seni Persembahan dan Office Management serta rakan2 yang mengenali Mama. Melihat perkembangan bloggers yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat masa kini, Mama terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan ilmu untuk dimanafaatkan kepada semua generasi masyarakat terutama pelajar-pelajar Mama dan amnya buat remaja masa kini. Mama akan cuba mengetengahkan isu terkini dan pengalaman Mama sendiri sebagai pensyarah dalam mengharungi kehidupan yang penuh berliku ini. Kepada semua yang sempat membuka blog Mama selamat membaca dan sama-sama lah kita berkongsi ilmu dan pengalaman bagi memperbaiki diri dan meningkatkan tahap keilmuan kita. Selamat bertemu diruang maya ini....