Tuesday, February 2, 2010

Elemen Komunikasi Dalam Budi Bahasa Bangsa Melayu

Yang kurik itu kendi yang merah itu saga Yang baik itu budi yang indah itu bahasa Kata bidalan diatas menggambarkan keindahan Budaya Melayu dan adap sopan yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu suatu masa dulu.Namun peralihan zaman dan perkembangan teknologi masa kini semakin hari semakin mengikis budaya Melayu dikalangan bangsa Melayu sendiri. Malah ada segelintir dikalangan masyarakat melayu masa kini merasakan budaya Melayu sudah lapuk dan ditelan zaman.Mereka mencemuh dan mengatakan 1anya sudah tidak sesuai digunapakai dalam zaman moden yang serba pantas dan berteknologi tinggi. Ada juga yang berpendapat jika masih mengamalkan budaya Melayu seperti lemah kembut, bertolak ansur dan sentiasa mengalah dan menjaga hati orang lain, mereka ini akan terus ketinggalan kerana dunia yang serba pantas ini memerlukan manusia yang tiada berhati perut, serba pantas, zalim, menikam dari belakang dan pandai mengambil kesempatan atau opportunis. Seperti konsep `kiasu' yang pernah menjadi amalan masyarakat Singapura suatu masa dulu, masyarakat melayu kini melihat mementingkan diri sebagai satu cara mencapai kejayaan dan menjadi terkenal dimata masyarakat. Sikap angkuh dan sombong menjadi budaya baru yang dirasakan sebagai sebahagian daripada cara mereka dihormati. Penampilan diri yang berkonsep kebaratan dan berbahasa Inggeris adalah pakej status yang mereka mahu. Jika bercakap bahasa melayu berpakaian baju kurung dan bertudung serta berbaju melayu ianya tidak menggambarkan prestij, lalu untuk mencari prestij mereka melihat budaya barat sebagai model kejayaan dan suatu yang dipandang tinggi dalam masyarakat. Dewasa ini bersikap berbudi bahasa bukan lagi satu keutamaan bagi segelintir masyarakat kita. Unpamanya disekolah, sudah tidak lagi diajar bersalaman dengan guru waktu habis masa persekolahan. Begitu juga diUniversiti, konsep bersalam dan mencium tangan pensyarah dilihat sebagai satu yang memalukan dan ketinggalan zaman. Malah ada yang dengan sinis memberitahu jika ada pensyarah yang mengamalkan budaya bersalam selepas habis kelas sama standardnya dengan guru tadika. Dalam komunikasi konsep budi bahasa bukan sahaja dilihat dari sudut verbal atau perkataan, tetapi juga merangkumi perlakuan atau nonverbal communication. Dalam perkataan budibahasa diterjemahkan dengan mengucapkan kata-kata seperti terimakasih, maaf, minta laluan, boleh saya tolong dan sebagainya.manakala dalam perlakuan juga dapat dilihat seperti tunduk atau bongkok apabila melalui dua orang yang sedang berbual, bersalaman dan sebagainya. Jika dalam perbualan budibahasa adalah melalui percakapan yang tidak meninggi diri dan suara, sentiasa senyum dan memberi maklum balas dengan baik serta memahami orang yang sedang berkomunikasi dengan kita. Cara duduk dan berdiri juga mempunyai makna tersendiri dalam budaya melayu. Adap pergaulan dengan lelaki dan perempuan juga ada pelbagai cara yang sungguh cantik budayanya. Wanita Melayu amat dijaga dari kesopanannya, umpamanya bercakap tidak boleh terjerit0jerit, tidak sewenang-wenangnya bertepuk tampar dan menjaga kesopanan diri dengan berpakaian yang sopan. lelaki juga mempunyai adap tersendiri dalam berkomunikasi. Namun sejak kebelakangan ini, konsep budi bahasa itu semakin hilang ditelan arus pembangunan dan budaya barat yang lebih dominan. Anak2 sekarang sudah tidak segan silu lalu dihadapan tetamu dirumah mereka dan tidak pandai bersalaman dengan tetamu yang datang. Anak dara zaman sekarang juga tidak pandai menyediakan minuman untuk tetamu. Dimana agaknya silap kita? Adakah sistem pendidikan, pengaruh media atau kesilapan ibu ayah yang tidak peka terhadap kepentingan budaya dalam masyarakat masa kini. Cuba kita renungkan masyarakat tanpa budi bahasa suatu masa nanti. Bayangkan apa yang akan terjadi pada kita jika sikap mementingkan diri menguasai hidup kita. Pastinya anak2 tidak menghormati ayah dan ibu, generasi muda tidak menhormati yang tua dan kita hidup dalam hidup yangs serba mementingkan diri. Walau apapun yang anda fikirkan hayati puisi yang ditulis oleh Allahyarham Usman Awang, penyair terkanal negara kita yang kaya dengan makna dan maksud tersirat dalam setiap patah perkataannya. Melayu itu orang yang bijaksana. Nakalnya bersulam jenaka. Budi bahasanya tidak terkira. Kurang ajarnya tetap santun. Jika menipu pun masih bersopan. Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya. Kias kata bidal pusaka. Akar budi bersulamkan daya. Gedung akal laut bicara. Menikam dengan pantun. Menyanggah dengan senyum. Marahnya dengan diam. Merendah bukan menyembah. Meninggi bukan melonjak. Akhir kata anak-anak dan pelajar tersayang, renung-renungkan masa depan masyarakat kita yang hidup dalam dunia materialistik dan menolak budi bahasa. Aman kah negara jika masyarakatnya terlalu bersikap mementingkan diri. Tanya pada diri kita sendiri bolehkah kita melahirkan ramai modal insan yang berilmu dan berakhlak jika penghayatan budaya ditolak tepi begitu sahaja.