Sunday, August 24, 2008
Cuti rehatkan minda.
Selamat kembali kekampus pelajar2 yang disayangi. Cuti rehat seminggu ini mungkin penuh bermakna bagi semua pelajar. Ini terpulang pada tafsiran `cuti' bagi setiap pelajar. Ada juga yang kata `cuti macam tak cuti je" Mungkin juga ada yang mengeluh kerana cuti seminggu ini dibebani dengan tugasan yang `tak menang tangan' untuk disiapkan. Begitulah lumrah hidup sebagai pelajar, tugasan dan tanggungjawab terhadap akademik tak pernah `berehat' walaupun secara bertulisnya ia bermakna merehatkan diri dari menghadiri kuliah dan bertemu pensyarah yang pelbagai karenah.
Esok bermula kesibukan di kampus, yang telah agak lengang dan sunyi setelah pelajar2 kembali kekampung halaman masing-masing seminggu lalu. Jalanraya di kampus seminggu lalu agak tenang dan tidak sesibuk waktu kuliah biasa. Pensyarah pula tidak segelabah hari2 kuliah yang mana mereka juga kelihatan berserabut dan nampak kucar kacir. Namun ketenangan mereka seminggu lalu sambil menghirup kopi dan teh dikafeteria kini mula kembali bergetar. Gosip dan kesantaian perlu di pendekkan akibat mengejar masa dan acara rebut merebut lift serta kepadatan tangga Fakulti kembali memeriahkan Fakulti Masscomm.
Tidak dinafikan senario ini satu keseronokan di zaman belajar. Cerita seminggu yang dikumpul untuk dikongsi bersama rakan akan menjadi topik perbualan ramai pelajar yang memulakan kelas esok pagi. Pastinya kekecohan itu menjadi luarbiasa kerana masing2 ingin berkongsi pengalaman bercuti dan luahan rindu pada teman2 sekelas yang ditinggalkan untuk bersama keluarga pada cuti pertengahan semester. Pada pelajar2 sekelian, nasihat saya, jangan sampai pensyarah naik angin sebab pelajar terlalu taksub bercerita kisah bercuti sampai lupa waktu kuliah.
Kepada pelajar2 saya, terima kasih kerana berjaya menyiapkan tugasan yang saya berikan waktu cuti pertengahan semester. Jangan lupa masuk kelas nanti bawa bersama `master piece' anda dan jangan pula ada yang buat alasan `hilang ingatan' untuk menyiapkan tugasan saya.
Anak2 semester satu dan dua, roda perjalanan dan pengembaraan kita baru bermula. Masih ada lagi sesi pengembaraan akademik yang belum kita terokai. Bersabarlah kerana proses pembelajaran suatu yang menyeronokkan dan anda semua pasti menyimpan memori ini sehingga semester akhir nanti.
Kepada pelajar2 semester akhir yang perlu menyiapkan tesis anda, saya sentiasa bersedia melihat perkembangan research anda, pastikan analisis dan metodologi yang dijalankan tidak menyimpang dari tajuk anda. Ingat peri pentingnya anda berjumpa saya untuk sesi konsultasi tesis dan perbincangan.
Pesanan khas buat `Change Agents' saya, outing seterusnya ialah pada hari Sabtu ini 30 Ogos di Kompleks Penyayang Warga Emas Seksyen 24 jam 7.30 pagi. Pastikan anda tiada temujanji lain selain bersama warga emas disitu dan saya sendiri. Mungkin ada yang mengeluh memang penat `berouting' bersama MAMA, selepas program Tautan Kasih di teluk Mas, Melaka ada lagi outing....namun telah dijelaskan pada awal semester, kelas Communication and Change adalah kelas yang mencabar minda dan fizikal anda. Jadi, jika anda ingin melihat perubahan diri dari segi mental. fizikal dan spiritual teruskan bersama saya hingga akhir semester. Jawapannya akan anda temui kelak.
Kepada semua, selamat kembali ke kampus dan jumpa di kelas nanti. Salam sayang untuk semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)