Tuesday, November 18, 2008
Selamat menjalani dunia baru....
Baru tadi aku bersama beberapa pelajar semester lima yang akan meninggalkan Fakulti untuk menjalani latihan praktikal mulai Disember ini. kami mengadakan perjumpaan Farewell di sebuah restoren di Seksyen 7. Suasana meriah tapi ada terselit sedikit kesedihan. Memang cepat masa berlalu. Aku masih ingat lagi aku mengajar mereka di semester satu, subjek sosiologi, kemudian subjek Interpersonal dan disemester lima Communication Planning and Message Design.
Ketika di semester satu wajah2 suci mereka terserlah, ya..semua muka nampak baik-baik dan skema je...tapi sekarang mereka banyak berubah dan memeperlihatkan peningkatan diri yang boleh dibanggakan. Aku bangga menjadi pensyarah mereka. Doa aku buat semua yang akan mejalani latihan praktikal, tabahkan hati dan berikan sepenuh komitmen kepada tugasan anda. Ingat `kehidupan sebenar anda baru hendak bermula'. langkah pertama ke latihan praktik menduga mental dan fizikal kita...selamat menghadapi realiti kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)