Tuesday, January 13, 2009
Kenapa Mama Selalu Cakap Pedas Dalam Kelas.....
Bagi pelajar Interpersonal communication Mama, tentu nya anda semua perasan kenapa Mama selalu bagi `straight to the point comments' atau kata2 pedas tentang kawan2 U all. Bukan apa... ianya salah satu cara mengajar anda semua tentang keberkesanan Komunikasi dalam kehidupan kita. Manusia memang ada pelbagai ragam. Begitu juga pelajar. Mama memegang amanah untuk menjadi tenaga pengajar yang bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi mendidik anak bangsa supaya ada jati diri.
Pada Mama jika awal2 semester sudah pandai `kencing' dan `kelentong' lecturer dan pandai pulak belakon untuk mendapat simpati...alamatnya bila dah kerja orang macam ni akan jadi VIRUS HIV dalam organisasi media. Biarlah Mama menjadi penawar bagi VIRUS ini dalam diri anda untuk menjadikan anda manusia yang lebih berkualiti bila keluar bekerja.
Dalam subjek Interpersonal kita belajar tentang ethic atau dalam bahasa mudahnya ` adab dalam berkomunikasi. Jadi sudah seharusnya anda semua mempraktikkan apa yang kita belajar didalam kelas untuk menjadi orang2 media yang bukan sahaja bijak dan berhemah bila berkomunikasi tetapi juga dihormati dari segi sikap dan peribadi yang baik.
Tidak dinafikan pelajar Masscom sering dilabelkan sebagai golongan yang celupar mulutnya, tajam penulisannya. Namun begitu ianya tidak bermakna kita tidak bermoral. Penulisan yang tajam dan kritikan terhadap sesuatu isu membangun membina minda kita dan membantu mereka yang masih `lena dibuai mimpi' Oleh itu penulisan kita akan membuatkan sesetengah pihak yang lalai terjaga dari mimpi indah mereka lalu memberi respon terhadap kejutan itu.
Menyentuh mengenai adab dan sopan sebagai manusia Melayu. Mama mempraktikkan sesuatu yang murni untuk kita amalkan. Teguran demi teguran yang membangun dengan bahasa kiasan dan sindiran Mama didalam kelas adalah untuk menyedarkan anda semua bahawa, kita masih orang Melayu yang penuh dengan adat walaupun dunia dah tak pandang lagi pada itu semua. Biarlah orang lain nak kata kita kolot dan kita tak professional hanya kerana masih meminta izin untuk ketandas atau meminta izin untuk keluar kelas...tapi bagi Mama ini menunjukkan sikap menghormati orang tua dan budaya yang masih mengikat kita selagi kita bernama Melayu.Mungkin pensyarah yang berkata demikian terlalu professional sehingga menjadi contoh kepada pelajar lain bahawa sikap kurang ajar beliau adalah lambang Kemajuan Minda mereka yang terlalu tinggi akademiknya....dan ianya harus dibanggakan dengan meletakkan istilah professional agar ada kelas bila disebut.
Namun bagi Mama ketinggian pencapaian akademik harus seiring dengan akhlak dan sifat murni. Jadilah resmi padi ` semakin tunduk semakin berisi'Bukan angkuh dengan pencapaian akademik tetapi tipis nilai murni dan susut akhlak mulia.
Mama selalu cakap Mamalah Makcik Melayu terakhir, kerana Mama memang pelik kat Masscomm ni...ya...` I am a typical Malay lady' yang masih kuat dengan adat budaya dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Budaya hormat menghormati dan budaya bersalam harus kita hidupkan kembali sebagai sebahagian daripada ciri-ciri murni pelajar Masscomm. Memang ada yang cakap perkara2 macam tu nampak macam `very the kampung' dan tak sesuai diamalkan dizaman siber ni. `Orang Malaysia dah jadik angkasawan, awak masih tunduk pada adatlama' Bagi Mama, itu pandangan orang yang terlalu moden pemikirannya sampai cuba lari dari norma kehidupan yang baik kerana terpengaruh dengan ideology Barat songsang. Orang barat sendiri punya ciri2 baik yang boleh kita contohi....tapi malangnya orang Melayu ni lebih suka ikut yang buruk dari yang baik. ya....Melayu mudah lupa dan lupa diri...
Kepada pelajar2 yang rasa serik dengan Mama...( kena marah dalam kelas, kena jerit) anda masih boleh membuat pilihan sebelum terlambat. Ada dua kelas lagi yang masih kekurangan pelajar. Harus diingat , bila melangkah ke Kelas Mama anda berada di paradigma lain. bayangkan anda seolah2 berada dizaman ` Kegemilangan Melayu" penuh dengan adab dan budaya maalumlah Mak Cik Melayu terakhir.
Mama benci orang kurang ajar, Mama tak tahan orang yang suka menipu dan membohong, Mama tak boleh tengok orang yang hipokrate. Biar anda tidak pandai, kita boleh belajar kerana semua yang datang ke UiTM dalam proses belajar. Jangan terlalu pandai sampai tak boleh diajar. Banyak perkara kita nak belajar. Biar wajah kita tidak cantik asalkan berbudi bahasa yang baik dan molek perangai bila dipandang.
Jadi pelajar Interpersonal Communication sekalian, kita akan menerokai dunia interpersonal kita dengan cara yang amat unik selama satu semester ini. Jadilah anak2 didik saya yang bukan saja berilmu tetapi berakhlak mulia. Semoga jumpa lagi didalam kelas setiap hari Selasa 5 hingga 8 malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)