Monday, August 30, 2010
Keruntuhan Institusi kekeluargaan Amat Menyedihkan.
Kita biasa mendengar ungkapan ini " Keluarga bahagia, negera sejahtera" Sebenarnya ungkapan yang nampak ringkas ini mempunyai makna yang amat besar bagi masyarakat kita khususnya orang-orang Melayu. kemelut rumahtangga yang melanda masyarakat melayu masa kini amat menyedihkan. Statistik perceraian yang meningkat,masalah penderaan anak2 dan isteri, masalah pembuangan bayi, pergaduhan suami isteri, nasib ibubapa yang dihantar kerumah orang2 tua dan banyak lagi masalah yang berkait rapat dengan keluarga dan perkahwinan menyebabkan masyarakat berdepan dengan masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius .Malah kelunturan sifat kemanusiaan sejak kebelakangan ini amat ketara dengan keganasan yang berlaku hampir setiap hari yang dilaporkan di media.
Sebagai pensyarah yang rapat dengan pelajar saya sentiasa membuka ruang kepada pelajar meluahkan perasaan mereka sekiranya ada sesuatu yang mengganggu jiwa mereka dan menyebabkan proses pembelajaran menjadi terbantut. Saya benyak mendengar kisah sedih pelajar yang berhadapan dengan masalah rumahtangga ibubapa mereka. Ada antaranya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian sepenuhnya kepada pelajaran kerana terlalu sedih memikirkan nasib keluarga mereka. "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" Mereka yang merasakan nya lebih tersiksa dari kita yang mendengarnya.
Permasaalahan yang bermula dari keluarga ini kadangkala merebak dan berkait antara satu sama lain sehingga menyebabkan pelajar terjebak didalam masalah sosial yang lain kerana ingin lari dari masalah yang membelenggu hidup mereka.Saya tidak nafikn sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun yang amat menyedihkan ialah ada segelintir ibubapa yang hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa dapat memahami perasaan anak2 yang melihat konflik rumahtangga ibubapa mereka yang tidak berkesudahan. Anak2 punya perasaan dan ingin melihat ibubapa bahagia dan sentiasa hidup berkasih sayang. Ada antara para suami yang tidak henti2 mencari cinta diluar rumah sehingga tidak sedar anak2 sudah besar dan malu terhadap perbuatan ayah dan ibu mereka. Kata orang2 tua..."Jika mahu bercerai, lihatlah pada mata anak2...kerana dimata mereka terpancar seribu penderitaan"
Perceraian dan konflik rumah tangga memang memeritkan bagi mereka yang melaluinya. Namun tidak dinafikan adakalanya kesibukan kerja mengejar kebendaan juga menyebabkan ibubapa mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak2 khususnya remaja yang sentiasa dahagakan kasih sayang. Justru jika tidak mendapat kasih sayang dirumah mereka akan mencarinya diluar rumah. Bagi yang perempuan akan cuba mendapatkan kasih sayang seorang lelaki (teman lelaki) dan jika terlalu taksub dengan kasih sayang teman lelaki tidak mustahil mereka sanggup bekorban segalanya kepada teman lelaki berkenaan kerana kasih yang dicari dirumah sudah tiasa. Jika dapat temah lelaki yang baik....alhamdulillah...tetapi jika dapat teman lelaki yang mengambil kesempatan, terjadi lah masalah sosial yang banyak berlaku masa kini.
Keruntuhan Institusi kekeluargaan masa kini amat jelas memberi kesan kepada negara. Ini kerana masyarakat yang kucar kacir akan melahirkan generasi yang rendah nilai moral dan tidak mampu meneraju negara kearah kesejahtraan dan pembangunan rohani dan jasmani.Apa akan terjadi jika masalah keruntuhan institusi dan moral masyarakat kita tidak dibendung dengan segera. Mungkin kita akan menjadi seperti negara membangun sekarang yang kurang mengamalkan adap sopan dan menganggap sikap kurang ajar dan moral yang rendah sebagai satu norma hidup yang diterima pakai dalam masyarakat kita.
Amat lah menyedihkan apabila masalah seperti pembuangan bayi, pengabaiab ibubapa dan wrga tua, kes penderaan, perceraian semakin meningkat dari masa kemasa. Seperti kata Ustaz Yahaya dari KEWAJA sebuah pusat perlindungan wanita semasa mendirikan pusat itu 10 tahun lalu penghuninya hanya lah 10 orang, bagaimanapun sekarang penghuninya sudah berjumlah seramai lebih 100 orang, Ini amat menyedihkan kata beliau. Ustaz yahya berkata penambahan ini memberi makna bahawa masyarakat bukan belajar dari kesilapan masa lalu tetapi meniru perkara tidak baik ini sehingga masyarakat menganggap mengandung luar nikah bukan satu masalah besar. Fenomena ini amat membimbangkan kata beliau dan seharusnya kerajaan perlu membuat satu tindakan drastik membendung semua gejala yang tidak baik itu supaya dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan bermoral tinggi.
Merenung segala permasaalahan yang berlaku, adakah dunia sedang menghampiri akhir zaman. manusia sudah tidak segan dan malu berbuat dosa dan salah. Sesuatu yang amat dijaga suatu masa dulu seperti institusi kekeluargaan dan anak2 serta orang2 tua sudah mula diabaikan. Adakah ini harga yang perlu kita bayar untuk mengejar kemajuan. Mungkin belum terlewat jika masyarakat bangun berbuat sesuatu membendung segala masalah sosial yang semaikin berleluasa dan menjadi duri dalam daging masyarakat kita dan tak ubah juga sebagai kanser yang memakan dan memusnahkan masyarakat kita secara diam. Jika kita menjelajah internet pelbagai masalah yang boleh kita lihat didalam nya. Masyarakat Melayu hanya tinggal pada namanya sahaja tetapi sikap, perbuatan, gaya hidup sudah tidak melambangkan Melayunya lagi.
Justru, diharap beberapa pihak yang terlibat khususnya kerajaan dan masyarakat sendiri perlu lebih proaktif dalam menanggani masalah ini. Keluarga adalah asas kesejahteraan negara, oleh itu ibubapa diluar sana fikir-fikirkan lah masa depan anak-anak dan cucu2 kita. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan sehingga mengorbankan masa depan anak2. hargailah permata hati anugerah Allah ini. Jika anda berbuat baik kepada mereka insyaAllah anak2 tidak tergamak membuang kita apabila kita tua nanti. Jika pada masa ini kitaabaikan ibubapa kita...tidak mustahil satu hari nanti anak2 kita perlakukan pada kita pula. Life is a circle apa yang kita buat hari ini kita akan dapat balasannya hari esok. Seperti kata pepatah Inggeris " What U give U get back"
Subscribe to:
Posts (Atom)