Wednesday, December 31, 2008
Tahun baru...Semester baru...Cabaran baru.
Bermulanya tahun 2009. Tahun 2008 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan dan pengajaran. Semester baru dibuka pada 30 Disember 2008, tapi Mama tidak dapat menghadirkan diri ke Fakulti kerana demam dan sibuk dengan urusan peribadi. Mungkin demam itu petanda segala penyakit 2008 dibersihkan untuk berhadapan tahun baru yang lebih mencabar dan menjanjikan satu kejayaan buat Mama.
Semester baru pastinya penuh cabaran lagi. Bagi Mama usia sudah meningkat setahun lagi dan rasa syukur pada usia sesenja ini Allah masih panjangkan usia Mama untuk berbakti pada masyarakat dan keluarga. Sepanjang menjadi pensyarah, dunia Mama berkisar dengan kehidupan bersama pelajar. Mama benar2 mengabadikan diri pada profession ini kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ini menjadikan Mama mudah rapat dan memahami masalah pelajar khususnya remaja.
Setiap tahun dan setiap semester pelajar silih berganti, ada yang masih mengingati Mama bila dah kerja ada juga yang buat2 tak kenal bila berjumpa diluar. Bagi Mama yang penting adalah ilmu yang mama curahkan pada setiap pelajar. Jika mereka cuma ada IQ ( Intelligent Qualities)dan tidak ada EQ ( Emotional Qualities) dan SQ (Spiritual Qualities) bila keluar bekerja mereka mudah riak dan melupakan asal usul mereka. Pelajaran bagi mereka hanya sesuatu yang melonjakkan diri pada kejayaan hidup material sahaja sedangkan jiwa mereka kosong dan dipenuhi dengan ego dan tiada rasa hormat menghormati.
Setiap pelajar itu berbeza. Begitu juga dalam menerima sesuatu ilmu yang disampaikan. Interpretasi penerimaan ilmu dan penterjemahan ilmu yang diperolehi akan membezakan mereka dalam ketinggian peribadi dan penghayatan perjalanan hidup menggunakan ilmu yang diperolehi.
Ada pelajar yang hanya mengejar A dalam hidup mereka. Matlamat utama mereka ialah straight A's dan mereka sanggup lakukan apa saja demi mendapat A. Sikap hipokrasi mereka jelas terbukti jika mereka gagal mendapat A, pensyarah itu hanya dikenali waktu mengajar mereka sahaja, selepas dari itu mereka delete nama dan wajah pensyarah dari File minda mereka.
Tanpa menoleh kebelakang lagi golongan seperti ini adalah manusia hipokrate yang pandai berpura-pura dan bijak menggunakan strategi paling licik memujuk dan memainkan kata2 sehingga berjaya mencapai matlamat uyang dituju. Akhirnya apabila bekerja mereka inilah yang menjadi golongan penghasut boss, tukang kipas dan zalim bila menjadi ketua. Bagi mereka yang seperti ini tujuan belajar hanya mendapat kecemerlangan akademik tanpa memikirkan soal spiritual yang ditekankan sewaktu menimba ilmu. Pada dasarnya ilmu menjadikan manusia lebih berhemah, berkeperibadian tinggi dan paling penting menjadikan diri lebih bertaqwa. Malangnya ada segelintir manusia semakin tinggi ilmu nya semakin ego diri dan semakin buruk perangainya.
Justru dapat dilihat dari sudut material ilmu dikomersialkan untuk melahirkan insan yang rendah akhlak dan moral. Oleh itu amatlah penting setiap pelajar mempunyai gabungan mantap 3Qs ini dalam mengharungi hidup sebagai Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti yang dikatakan gedung melahirkan cerdik pandai duniawi ini. Jika tiga komponen Q ini menjadi sebahagian dari hidup pelajar, Mama percaya mereka akan menjadi insan terpelajar yang bukan sahaja tinggi ilmunya malah akhlak dan peribadi yang cukup terpuji.
Biarlah Mama ceritakan beberapa insiden pelajar tidak menegur Mama waktu diluar kelas. Bukan Mama ni DIVA sangat mahu ditegur, tapi setidak-tidak nya dengan senyuman sudah membawa erti yang cukup besar bagi Mama. Mungkin mereka punya sebab sendiri tidak mahu menegur Mama, mungkin juga bagi mereka ikatan pelajar dan pensyarah hanya dalam lingkungan bilik darjah sahaja. Mungkin dan banyak kemungkinan lain.
Shah Alam ini bukanlah besar sangat. Bak kata orang utara `pi mai pi mai dok tang tu ' jugak. Mama memang suka `merayau' dan sebagai bekas wartawan dan kini masih berjiwa wartawan Mama suka melihat gelagat manusia walau dimana mereka berada. Tidak mustahil Mama terserempak dengan pelajar dan bekas pelajar Mama. Namun ada yang buat muka tak kenal walaupun Mama cukup kenal mereka. Jarang Mama lupakan students Mama. I have a very good memory dan boleh ingat nama mereka walaupun dah lima tahun Mama tak ajar mereka. Kemesraan Mama adalah antara satu punca mama mampu mengingati nama dan wajah pelajar.
Ada segelintir pelajar menunggu Mama menyapa mereka. Bukan mereka yang dulu mebegur pensyarah. Tapi responnya juga cukup hambar. Umpamanya dengan penuh excited mama akan tanya U students saya kat Arau dulu kan??? Atau...Dulu saya ajar U kat Puncak Perdana kan???? jawapannya...Ya...lepas tu terus berlalu dengan wajah kurang ceria. hati siapa yang yang tak sakit bila jawapan yang tidak ada ` interpersonal' itu diberikan pada Mama. Sedih dan hampa kerana mereka tidak mendapat penghayatan ilmu dalam bentuk spiritual.
Sesekali Mama menyuarakan rasa kecewa dengan sikap segelintir pelajar ini kepada beberapa rakan pensyarah. Jawapan mereka ialah...
" tu lah pasal...aku dah cakap dengan kau jangan baik2 sangat dengan students ni...mereka ni ada hidden agenda. Nah sekarang ko yang rasa sedih dan membawa ke sakit jantung kau tu dan meningkatkan tekanan darah tinggi.... Buat apa layan sangat budak2 tu...jadi je macam kitorang tu...dalam kelas aje kami kenal kat luar pi mampus korang" Berdesing telinga Mama dengar nasihat rakan2 yang tak boleh digunapakai tu...
Tapi harus diingat bukan semua students macam tu...seperti kata pepatah `sebab nila setitik rosak susu sebelanga' . Bagi Mama jika pelajar mahu mengingati pensyarah atau tidak ...itu hak mereka. Kita dah bagi ilmu yang terbaik kepada mereka terpulang bagaimana mereka mahu menggunakannya. Kepada semua yang membaca blog Mama ini, renung2kan dan ambil iktibar dari segala yang berlaku. Walau bagaimana teruk pun seorang guru itu kita mesti menghormati ilmu mereka dan restu seorang guru sama seperti restu seorang ibu kepada anak2nya. Selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca dan selamat melangkah ke semester baru kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shah Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)