Saturday, September 13, 2008

Ramadhan Menduga keimanan

Hari ini sudah 13 hari kita berpuasa. Pelbagai dugaan dalam bulan yang mulia ini kita lalui dengan penuh kesabaran. Pelajar tetap seperti biasa, datang kekuliah dan masih bersemangat meneruskan pelajaran dalam keadaan yang letih dan berpuasa. Sememangnya Ramadhan yang datang menginsafkan kita dan memberi kekuatan untuk kita menebus segala silap dan salah serta kealpaan kita selama ini. Proses pembelajaran walaupun nampak agak lembab, namun pelajar2 patut dipuji kerana meningkatkan perubahan spiritual dan menjadi insan yang lebih baik. Apa yang menariknya pada bulan ini ialah saya berkesempatan bersama pelajar berbuka puasa di luar serta mengerjakan solat bersama-sama. Tidak dapat dibayangkan kegembiraan saya dan pelajar2 apabila kami berada di rumah Allah yang tersergam indah didalam Masjid Negeri Shah Alam untuk menunaikan solat selepas berbuka puasa. Terasa ketenangan begitu menusuk jiwa. Keinsafan terpanggil bila duduk bersama-sama mengerjakan amal dan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Semoga kita terus mengamalkan apa yang baik dalam bulan ini dan menjadikan nya sebagai rutin hidup kita. Kepada semua pelajar, tingkatkan usaha dan sentiasa berdoa pada Allah agar memberkati hidup kita dan memudahkan segala urusan kita di dunia ini. Amin....

No comments: