Wednesday, January 7, 2009
Selamat Datang Pelajar-pelajar Baru Masscomm.....
Semester ni Mama dapat mengajar enam sequence pelajar2 semester satu dalam Fakulti kita, Publishing, Advertising, broadcasting, MC 226, 227 and 228. Rasanya semester ini mempertemukan mama dengan hampir kesemua pelajar baru semester satu. Dua sequence lagi iaitu Journalism dan PR diajar oleh pensyarah lain. Kesempatan ini mama ambil untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Ternyata mereka tak banyak beza dari senior2 Masscomm yang peramah, comel dan berbudi bahasa. Gembira bertemu mereka buat pertama kalinya. Pastinya mereka juga akan menjadi pelajar2 cemerlang sama seperti senior2 Masscom yang lain.
Apapun Mama berharap mereka harungi semester ini dengan tabah kerana sebagai orang baru mereka perlu banyak belajar dan mengenali rakan2 yang lain serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Kepada pelajar2 lama jangan buat prejudment yang terlalu awal...begitu juga pelajar2 baru pandai2 membawa diri sebagai orang baru, jangan cepat rasa tertekan dengan persekitaran di Fakulti. Kita ni semua tak pernah sempurna dan seperti yang biasa mama sebutkan Masscomm ni always in a Mess....so pandai2 menyelesaikan apa juga masalah yang menimpa anda masa di sini. Dengan cara itu anda semua dapat survive dalam kehidupan sebagai siswa dan siswi Universiti. Semangat survival inilah yang kita perlukan untuk menjadikan kita Mahasiswa yang tahan lasak dan bersemangat juang yang tinggi.
Kepada pelajar senior dekatilah pelajar semester satu ini dengan berhemah. Mereka perlukan bimbingan orang lama yang lebih berpengalaman mengarungi onak dan duri dalam Masscomm ni. First impression is the most important dalam diri seseorang.
Mama sentiasa doakan pelajar2 sekelian mempamerkan semangat setiakawan yang kukuh antara kita semua. Dengan cara itu semua aktiviti dapat kita jalankan dengan lebih mudah, berkesan dan teratur. Selamat datang pelajar2 baru dan good luck.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hai mama, Tash here... akhirnya dapat juga aden membuka blog mama masscom yang telah diwar-warkan dan dengan bangga nya menjadi yang pertama 'student baru' menulis komen di blog ni... huha... apa-apapun tash sangat suka berada dalam kelas mama tapi next trip kita pegi extreme park boleh tak mama... after bukit cerakah.. cam seronok jer...ok TaKIng CaRE...
Post a Comment