Wednesday, January 28, 2009

`Sentuhan keibuan' Merangsang Akademik Pelajar

Menjadi pelajar Universiti adalah satu2nya perkara yang amat membanggakan dalam diri seseorang remaja. Mereka adalah insan2 bertuah yang terpilih untuk menimba ilmu di menara gading yang menjadi impian ramai pelajar sekolah. Justru apabila melangkah dan menjejakkan kaki ke Universiti mereka akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sebelum mencapai hasrat menggenggam segulung Ijazah dan menyarung jubah kebanggaan menara gading berkenaan. Menjadi pelajar Universiti tidak semudah yang disangka. Selain bergelut dengan pelajaran, berhadapan dengan karenah kawan2 dan pengaruh persekitaran, mereka juga terpaksa berhadapan dengan sikap pensyarah yang kadangkala menyebabkan minat belajar terus mati dan terhenti. Kehidupan pelajar yang begitu `monotonous' didalam kelas kadangkala begitu membosankan. Ditambah dengan pelajaran yang kadangkala tidak dapat difahami menambahkan bebanan pemikiran mereka. Justru sebagai escapismnya pelajar benyak melibatkan diri dalam aktiviti dikampus sebagai menghilangkan kebosanan dan tekanan menghadiri kuliah.Tidak hairan jika kebosanan berlaku ramai pelajar mencari pelarian kepada permasaalahan ini dengan bercinta untuk menghilangkan rasa tekanan pada pelajaran dan kehidupan di Kampus. Melalui pengamatan dan pemerhatian saya salah satu punca pelajar hilang minat belajar ialah dari sikap pensyarah. Karenah pensyarah kadangkala boleh menyebabkan pelajar mengalami penurunan pencapaian akademik. Beberapa kes yang diceritakan pelajar kepada saya memperlihatkan bagaimana pelajar amat tidak suka jika ada pensyarah yang melayan mereka sebagai `objek' dalam istilah komunikasi Interpersonalnya.Ada segelintir pensyarah yang masuk kekelas hanya bertujuan untuk mengajar sahaja tanpa mendekati pelajar2nya. Ketiadaan two way communication ini membuatkan pelajar berasa tertekan menghadiri kelas selama tiga jam bagi setiap satu subjek. Remaja adalah satu `transisi dari zaman kanak2 ke dewasa' kehidupan diwaktu ini penuh dengan dugaan. Pelbagai perubahan fizikal, mental dan spiritual mereka lalui ketika ini dan konflik jiwa yang mereka alami ketika ini akan menimbulkan tekanan jiwa. Justru kehidupan di Universiti tidak terkecuali. Sebagai manusia mereka mahukan sentuhan kasih sayang dan dihormati sebagai seorang individu. Kasih sayang sudah terbukti sebagai remedi atau pengubat kepada banyak permasaalah remaja. kekurangan kasih sayang akan menyebabkan mereka mengalih tumpuan kepada perkara negatif dan boleh membawa kepuasan dirisecara songsang.Berdasarkan ini saya berpendapat pendekatan kasih sayang dan sentuhan keibuan dari pensyarah amat penting merangsang minat pelajar lebih cenderung pada bidang akademik.Tidak susah mengaplikasikannya, kita hanya perlu sedikit masa dan minat terhadap kerjaya kita. Sejak menjadi pensyarah saya telah menjalankan kajian persendirian secara mendalam dengan mendekati pelajar serta menyemaikan rasa kasih sayang serta menghormati mereka sebagai individu. Hasilnya saya dapati pelajar yang terasa diri disayangi mudah meningkatkan prestasi pelajarannya sebaliknya pelajar yang merasakan diri sering tersisih mengalami penurunan prestasi akademik yang ketara.Ada pelajar bermasalah yang menjadi `subjek study ' saya sejak semester satu lagi. Tapi mereka tidak mengetahuinya. Berbalik kepada soal pendekatan kasih sayang didalam kelas, keakrabab pelajar dengan saya telah memudahkan saya mengawal mereka walaupun bilangan pelajar didalam kelas kadangkala mencecah 70 orang untuk `Mass Lecture' Cara pendekatan ini yang saya terapkan sejak hampir sepuluh tahun menjadi pensyarah terbukti menjadi catalyst atau perangsang kepada pencapaian akademik mereka. Setiap hari sebelum memulakan kelas saya akan menyuruh pelajar membaca doa dan setelah habis sesi pembelajaran hari itu mereka juga akan membaca doa dan sebelum pulang bersalaman dengan saya. Sedikit taskirah tentang kehidupan akan saya selitkan dalam setiap subjek yang saya ajar. Kadangkala mereka boleh berjumpa saya di bilik saya untuk membincangkan masalah yang mereka alami tidak kira yang berkaitan pelajaran mahupun peribadi. Masa diluar kelas juga saya peruntukkan bagi mereka sekiranya ada yang benar2 penting dan mahu berbincang dengan saya. Berdasarkan pendekatan ini pelajar menjadi rapat dengan saya dan tidak pernah takut untuk berjumpa atau menyatakan permasaalahan mereka kepada saya. Oleh kerana keakraban inilah pelajar menggelarkan saya dengan panggilan MAMA dan saya terima panggilan itu untuk diguna pakai di fakulti sebagai satu cara saya mendekati pelajar. Walaupun saya mendapat cemuhan dan sindiran tajam dari rakan2 pensyarah yang lain berhubung pendekatan pengajaran saya dikelas, namun saya tidak pernah berputus asa. Ada yang mengatakan cara pendekatan saya umpama sebuah tadika dan saya lebih layak menjadi guru sekolah rendah dan ada juga yang mengatakan saya tidak professional kerana banyak yang saya terapkan dikatakan bertentangan dengan tatacara diperingkat Universiti yang seharusnya lebih survival. Namun itu semua tidak pernah mematahkan semangat saya, malah lebih memberi kekuatan kepada saya apabila melihat pelajar seronok berada didalam kelas saya. Selain itu keceriaan pelajar didalam kelas menambahkan minat mereka untuk datang kekuliah dan seterusnya memperbaiki prestasi akademik mereka. Dalam sebuah perbincangan antara saya dan seorang Timbalan Pendaftar baru-baru ini, beliau juga mengakui pendekatan kasih sayang dan sentuhan keibuan amat penting diterapkan kepada pelajar. Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai pelajar yang mengalami masalah tekanan perasaan akibat kekurangan kasih sayang dan perhatian kerana kesibukan ibubapa mereka mencari rezeki.Kehidupan masa kini sudah banyak bezanya dengan zaman dulu. Manusia terlalu ghairah mengejar kehidupan materialistik dan mengenepikan soal spiritual dan nilai kasih sayang. Akibatnya generasi sekarang kurang nilai2 murni dan rendah akhlaknya. Justru jika adanya sentuhan kasih sayang dan perhatian dari pensyarah mereka akan lebih bersemangat untuk menimba ilmu selain memperbaiki sikap dan mengamalkan nilai murnidalam kehidupan mereka.Masih saya ingat lagi salah satu ciri2 yang terdapat dalam wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia. Berdasarkan itu adalah amat penting bagi pendidik khasnya mendekati pelajar melalui pendekatan yang menjurus kepada kasih sayang sebagai membaja sikap pelajar menjadi insan yang lebih baik dimasa depan. Sebagai penutup kata, saya ingin meminta para pendidik tidak kira guru atau pensyarah agar menerapkan nilai2 kasih sayang dan memberi perhatian kepada anak2 didik kita kerana mereka ini memerlukan sentuhan ajaib dari kita untuk menjadi generasi wawasan 2020 yang bukan sahaja berilmu yang tinggi malah memiliki keperibadian yang mulia dan terpuji. Sama-samalah kita renungkan perkara ini. Ini kerana ditangan kita terletaknya kecemerlangan generasi masa depan .

1 comment:

Unknown said...

sebagai seorg pelajar sy juga selalu rasa tertekan dengan pensyarah. sy merupakan pelajar yg aktif dari sekolah rendah. sy sering mempunyai keyakinan dlm melakukan apa tugasan sekalipun. masalah bermula apabila sy mendapati pensyarah sy tidak peka dan prihain dengan psikologi pelajarnya. bukan sahaja kepada saya, malah saya pernah melihat dia berkelakuan begitu kepada pelajar dan staf lain. dia berkelulusan master.kata-katanya dirasakan semuanya betul dan tidak lembut didengari. perlakuannya tidak konsisten, adakala menjadi keanak-anakan dan adakala memarahi pelajar tanpa segan silu. namun, sy selalu cuba berfikiran optimis. tapi, perkara ini sebenarnya telah mengikis keyakinan sy sedikit demi sedikit. saya mula bimbang. sy hanya akan dapat kembali keyakinan apabila keluar dari persekitaran pembelajaran sy. sy dan rakan-rakan pernah berdiskusi membincangkan cara terbaik menangani masalah ini. namun, ada perkara utama yg kami perlu ingat iaitu dia adalah pensyarah kami. bagi saya, setiap masalah perlu diselesaikan. tetapi, dalam hal ini, sy dan rakan-rakan merasakan kami belum menemui jalan penyelesaian. mungkin satu hari nanti. bertabahlah.