Tuesday, June 28, 2011

Cabaran Menjaga Ibubapa Uzur.

Kitaran hidup manusia yang bermula sejak dari rahim Ibu sehingga saat kematian telah di tentukan oleh Allah. Yang muda akan menjadi tua dan mereka juga akan melalui apa yang pernah dilalui oleh mereka yang terdahulu . Menurut Erik Erikson (1963) pakar saikologi Barat, kitaran hidup manusia merangkumi beberapa tahap dalam kehidupan serta mempunyai tugas dan tanggungjawab perkembangan yang perlu dilakukan. Tahap tersebut bermula dari peringkat bayi hingga tua dan saat kematian. Oleh yang demikian menjadi tua adalah suatu yang pasti dan kita tidak dapat mengelakkannya. Dinegara kita bilangan warga emas semakin meningkat dengan kemajuan bidang perubatan dan kesedaran menjaga kesihatan. Hasilnya Warga emas dinegara kita dapat hidup lebih lama dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Statistik dari Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mendapati bilangan warga emas di Negara kita pada tahun lalu mencecah hampir 2 juta iaitu 7.1 peratus daripada 26.7 juta penduduk dinegara ini. Bilangan itu dijangka meningkat lebih 10 peratus sekitar 2025 dan akan mencapai 15 peratus pada tahun 2035. Apa yang ingin ditekan disini ialah dengan pertambahan jangkahayat warga emas di Negara kita, masyarakat perlu lebih bersedia memikul tanggungjawab menjaga kebajikan mereka khususnya ahli keluarga sendiri bagi terus membantu warga emas ini menjalani kehidupan masa tua dengan berkualiti dan penuh kasih sayang. Bagi warga emas yang sudah tidak berdaya untuk mengurus diri , mereka amat memerlukan sokongan, kasih sayang dan bantuan dari seluruh ahli keluarga dan masyarakat . Perubahan gaya hidup masa kini banyak memberi cabaran kepada anak2 untuk menjaga ibubapa yang telah uzur. Mungkin akibat desakan kehidupan dan factor ekonomi ada segelintir anak2 yang terpaksa menghantar ibubapa ke pusat jagaan orang2 tua sebagai jalan terbaik bagi ibubapa berkenaan. Masing-masing punya alasan tersendiri berbuat demikian. Disebalik kisah ibubapa yang dihantar kerumah orang2 tua, sebenarnya masih ramai juga yang mengambil tanggungjawab menjaga sendiri ibubapa yang sakit dan uzur dengan bantuan pembantu rumah dan anak2 serta menantu yang tidak bekerja dirumah. Keselesaan dan kasih sayang keluarga sememangnya ubat paling mujarab bagi warga emas melalui saat tua mereka. Selain itu rumah sendiri atau rumah anak2 adalah tempat paling kondusif bagi ibubapa uzur menghabiskan sisa hidup mereka. Sememangnya tidak semudah yang diperkatakan. Adakalanya konflik timbul dikalangan ahli keluarga sendiri kerana urusan menjaga ibubapa yang uzur dan adakalanya yang hilang keupayaan dan nyanyuk. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya konflik keluarga dalam penjagaan ibubapa seumpama ini. Salah satunya perangai ibubapa yang uzur dan terlalu meminta perhatian sehingga menyebabkan keluarga berkonflik. Sikap anak2 lain dan menantu yang jarang ambil berat serta sikap lepas tangan anak2 yang merasakan ibubapa mereka ada tempat bergantung yang selesa, Selain itu ada juga kes dimana mereka yang diamanahkan untuk menjaga ibubapa yang uzur kurang mendapat sokongan dan bantuan dari segi fizikal mental dan material daripada ahli keluarga yang lain. Biasanya anak2 yang terpilih menjaga ibubapa adalah mereka yang rapat dan paling sabar serta mempunyai kedudukan ekonomi yang agak kukuh. Dalam hal yang berkaitan, biasanya jika ibubapa berkenaan tinggal bersama anak2 yang boleh menjaga mereka ahli keluarga yang lain seringkali merasakan keperluan ibubapa sudah terisi. Mereka juga sering merasakan ibubapa berkenaan sudah selesa dengan mereka yang menjaganya dan adakalanya lupa bahawa mereka ( anak2 ini) juga harus bersama2 memberikan komitmen terhadap ibubapa berkenaan walaupun tinggal berasingan. Rambut sama hitam hati lain2, begitu lah sikap dan perangai manusia walaupun lahir dari satu ibu atau satu ayah, mereka punya pelbagai karenah dan pendirian hidup. Seperti kata pepatah, `dalam setandan pisang tidak semuanya yang eluk’. Dalam kes seumpama ini , jika ada anak yang sanggup bekorban menjaga ibubapa yang sakit anak2 yang lain dengan senang hati menjadi pemerhati jarak jauh sahaja. Adakalanya ahli keluarga yang lain tidak memikirkan bahawa mereka yang bertanggungjawab itu perlu menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun pada hakikatnya mereka sanggup berkorban menggalas tanggungjawabmenjaga ibubapa yang uzur. Seringkali juga sikap tidak prihatin ahli keluarga yang lain terhadap kehendak ibubapa yang uzur dan mereka yang diamanahkan menjaga menyebabkan keluarga berpecah belah. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri apabila terpaksa memberi sedikit komitmen dan masa untuk kedua ibubapa. Betul lah kata orang2 tua, seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tapi seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Memang agak pedas bunyinya pepatah itu, tapi harus diingat bahawa, bukan mudah melayan karenah ibubapa yang sudah uzur dan sakit. Mereka amat2 memerlukan perhatian dan adakalanya permintaan mereka sering membuatkan anak2 menjadi keliru dan sukar memenuhinya atas alasan tertentu. Tidak semua orang tua mempunyai karenah cerewet dan sukar difahami, tapi jika ada yang sedemikian, ini adalah cabaran paling hebat buat mereka yang menjaganya. Sikap cerewet dan kembali menjadi keanak2anakan serta suka mengadu perkara yang bukan2 pada anak2 yang lain menyebabkan mereka yang menjaganya mendapat tekanan yang amat tinggi. Sebenarnya ibubapa yang uzur ini menjalankan `modus operandi’ seumpaman ini bagi menagih simpati dan kasih sayang anak2. Mereka mengalami apa yang dinamakan sebagai sindrom ` Empty Nest’ dalam sosiologi. Mereka kesunyian dan mahukan anak2 sentiasa berada disisi mereka. Karenah mereka memang amat mencabar. Mereka amat memerlukan perhatian disaat keuzuran. Oleh itu jika tidak berbuat demikian jarang yang ada datang melawat. Semuanya memberi alasan sibuk bekerja. Namun bagi anak2 yang kurang prihatin dan tidak sensitif terhadap kehendak ibubapa yang uzur ini menyebabkan mereka malas melayan segala perangai remeh temeh ibubapa yang uzur ini. Tetapi haruslah dingat bahawa melihat karenah orang tua adalah pengajaran terbaik bagi semua yang bergelar manusia kerana ada masanya kita juga akan tua dan menajdi seperti ibubapa kita yang uzur. Dalam hal ini bagi mereka yang menjaga ibubapa yang uzur semestinya amat maklum mengenai karenah dan perangai ibubapa berkenaan. Seperti kata pepatah `ditelan mati mak diluah mati bapak’ jika tidak diturutkan dikatakan anak derhaka jika terus menerus mengikut setiap apa suruhan dan melayan karenah yang kadangkala tidak masuk akal, mereka yang menjaga nya boleh menjadi terlalu tertekan dan mengalami sakit sampingan kerana berhadapan dengan kehidpan yang penuh stress. Betul lah ada yang kata, bahawa menjaga kedua orang tua yang sakit dan uzur perlu banyak bersabar dan tabah, kerana adakalanya kita mengumpul lebih banyak dosa berbanding pahala yang Allah berikan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Orang luar nampak segalanya cantik namun yang merasainya dan mengalaminya hanya tuhan sahaja yang tahu. Bagi mereka yang menjaga ibubapa uzur adakalanya rumahtangga juga boleh bergoyang. Jika suami atau isteri memahami dan tahu tanggungjawab mereka dalam menjaga ibubapa yang uzur mungkin masalah tidak terlalu rumit. Namun apa yang terjadi masa kini ada suami atau isteri khususnya menantu yang tidak dapat menerima tangggungjawab ini sebagai satu tanggungjawab bersama. Adakalanya ianya dibebankan pada satu pihak sahaja selalunya anak kandung sendiri sehingga menyebabkan mereka yang terpaksa menanggung ibubapa yang uzur mengalami tekanan dan terpaksa bertindak diluar dugaan. Justru, sebagai anak kita perlu banyak bersabar dan berdoa pada Allah semoga Ibubapa yang uzur diberikan ketabahan dan kesabaran sewaktu uzur. Melalui pengalaman mereka yang pernah menjaga ibubapa yang sakit, kesabaran dan ketabahan adalah pokok segalanya bagi meneruskan apa yang dilakukan. Adakalanya apa yang dipaparkan di media dan filem2 hanyalah pandangan satu pihak sahaja, namun realitinya menjaga ibu dan ayah yang sakit benar2 menguji kesabaran, keimanan dan ketabahan. Paling penting tahap kesabaran yang tinggi serta sentiasa merasakan ini semua satu tanggungjawab besar yang diamanahkan Allah. Tidak hairan lah mengapa Allah suruh kita berbuat baik dan bersabar kepada orang tua khususnya kedua ibubapa. Ini kerana ketabahan dan keimanan seseorang itu amat di duga Allah disaat berhadapan dengan karenah kedua ibubapa yang uzur. Ingatlah hidup ini karma, jika kita berbuat baik pada kedua ibubapa insyaAllah anak2 kita akan berbuat perkara yang sama kepada kita. Tamat.

26 comments:

Rosmawati Yusof said...

Tepat sekali, yg lain hanya jadi pemerhati dari jauh..

azi said...

So true..hanya yg menjaga je tau.ntah dosa ntah pahala yg di kumpul . pulangkan pd Allah utk menilai.just buat gg termampu

Babaque said...

Saya menjaga kedua ibubapa saya yg uzur.. dua2 stroke. Mmg menitis air mata saya bila membaca tulisan ni. Mmg benar.. tak terungkap kata perlu kesabaran menjaga org2 tua yg uzur. Bkn mudah. Cabaran dari semua sudut sgt mencabar.. masa.. kewangan.. tenaga.. komitmen.. masyarakat sekeliling.. semuanya. Kami juga mudah murung sbb tertekan. Berusaha berbuat yg terbaik utk ibubapa tetapi sentiasa ibubapa tidak puas hati. Mmg sedih sbb kita cuba berusaha utk dapatkan apa2 yg mereka dikehendaki. Takda harumnya kami.. Takde baiknya kami.. Tiada penghargaan atahlagi ucapan terima kasih. Saya berdoa menadah tangan.. hanya kepada Allah yg Esa aku berdoa.. ampunilah semua dosa kedua ibubapaku.. kpd Engkau juga aku beriman.. Aku berdoakan kesejahteraan Ibubapaku di dunia dan akhirat. Ampunilah dosa2 ku.. cekalkan diri ini menjaga mereka selagi hayat. Limpahkan rezeki dan pahala kepadaku.. Yarabbal Alamien...

Hamzah Abu Hassan said...

Tepat sekali.. Pemerhati jarak jauh..

aku gaban said...

Atuk saya ada di rumah.mak saya yang uruskan.itupun saya stres sebab saya tidur sebilik dengan tok bukan buat kerja2 bersih pampers tok.apetah lagi yg jaga dari a to z mesti stres.saya ta taula sy di mana bila tua.takut.tapi bila nak carakan tok sendiri pun xsanggup.sanggup panggil adik uruskan.

afya said...

Buat la perenggan.. huhu..

Adee said...

Mmemang benar nukilan penulis ni. Anak2 yg menjaga org tua yg uzur mmg kena sabar yg teramat. Dalam hati hanya Allah yg tahu.
Kadang2 bile tgk org tua... rasa comel je sbb perangai dia mmg mcm budak2 tp bile dia buat perangai... sabar je la sbb tak boleh nk marah... takut dia kecil hati

shukor said...

Ape yg penulis ckp di atas adalah benar2 belaka.org kt luar yg xmengalami mungkin xtau la perasaan ini.cuma tau komen sahaja tp yg mengalami hanya tuhan sahaja yg tahu.psl stress n kesabaran,kami adek beradek berkongsi bersama2.kami bergilir2 menjaga ayah.time jaga bila kesabaran diuji smpai tahap maksimum kami akan bertukar tugas.kekdag saya terpaksa mengelakkan drpd bercakap dgn ayah...takot ade bende menyinggung perasaan die.bila time mood ayah xbaik,kami adik beradek dimaki dihina dan mcm2 tomahan dilemparkan.ayah menuduh kami gila harta la,abiskan duit ayah la dll.saya smpi tawar aty dgn segala pemberian ayah kpd kami adik beradik.saya xberani dan xingin sentuh harta ayah.tiada langsung niat dihati utk bermewah2 dengan mengunakan harta ayh walaupun ia memang hak kami adik beradek sbg harta pusaka.tak tau apa ayah ckp tu dlm keadaan waras atau x?saya buntu.saya xnak jd anak derhaka n saya sayang ayah.tp kelakuan ayah kuat mrh2 menguji
Kesabaran kami adek beradek.ayah xpernah tenang smpi private nurse bertukar silih ganti.lama kelamaan perasaan syg kpd ayah mengikis sedikit demi sedikit.

Unknown said...

Akk faham sgt..semua tak kena kan. Akk jaga emak uzur ntahlah susah nk ckp ..moga Allah ampunkan dosa2 kita pada org yg menjaga org tuan

Unknown said...

Penyakit jantung saya hadapi10 tahun genetikdan kencing manis . Lagi pun bujang 51tahun warga malaysia indian .masa pun saya keadaan begini saya jaga ibu 83 tahun dia duduk kerusi roda

Unknown said...

Saya ada abang oku umur 57 tingal bersama dengan kami saya keadaan begini saya sekali . Saya tak ada kerja keadaan hidup tak sama dulu 6 bulan temujanji hospital kl dan ijn .tingal ampang selangor saya tak kerja tak ada keluarga besar. Ibu saya abang oku dan saya ini hidup . Kami bertiga . Tuhan ambil kami bertiga cepat senang hati .

Unknown said...

Penyakit jantung saya hadapi10 tahun genetikdan kencing manis . Lagi pun bujang 51tahun warga malaysia indian .masa pun saya keadaan begini saya jaga ibu 83 tahun dia duduk kerusi roda

Unknown said...

Sedih baca core tan di atas.... Saya sedang melalui ujian menjaga ibu yg sakit kronik dan menjalani dialisis Buah pinggang. Ibu saya juga mengalami kemurungan dan nyanyuk tahap kdifikal. Emosi tidak stabile dan selalu marah2 serta agresif. Mmg Sgt mencabar. Moga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan yg tinggi buat kami sekeluarga

Azhel said...

Sabar encik.. Ni smue dugaan yg allah bg pada encik... Sy mengalami perkara yg sama.. Kdang2 rse stress tp lama2 bile kite redha dgn allah.. Inshaallah kite akan tenang hadap bnde yg sama2 tiap2 hari.. Sy berpeluang jaga ayah yg strok smpai saat ini.. Dan ini bg sy rahmat yg allah bg pd sy..

Warisan said...

saya jg berpengalaman menjaga org tua stroke,tidak boleh nak ungkap dgn kata2 pengalaman ni..saya hanya menantu,cuba menjaga dgn sepenuh hati,juga merasai saat getir spt cerita di atas. Ada yg mengelak utk menjaga, tp ada jg yg mengalah (kami sering mengalah). Yang mengalah selalu di beri arahan tanpa alasan. Diam lbh baik tp pilih kasih jgk sering saya hadapi bila menjaga org tua,menantu tidak spt anak sendiri,walaupn khidmat diberi terbaik daripada zuriat sendiri,sampai masa tidak jg di pedulikan dan tetap dibeza2 kan. Kisah silam jgk dihantui tp disebabkan cuba mendapat keberkatan,saya sentiasa berdoa agar Allah beri saya keihklasan bila menjaga ibu yg sakit ni.Walaupn kadang terpaksa berkorban sesuatu utk memberi penjagaan ni.Supaya anak yg berada di sekeliling melihat saya menjaga dgn penuh keikhlasan.Jika ada yg terasa hati @ emosi tgi,saya diam shj.Itu lebih baik. Mak shj dpt menilai siapa lbh ikhlas menjaga. Moga Allah permudahkan urusan sahabat2 sekelia n.Memang x disangkal,rezeki dtg dgn byk bila org tua bersama kita.Moga muhasabah diri kita.

Unknown said...

Alhamdulillah.. Sy berpeluang menjaga ibu yg sakit disebabkan stroke dah hampir setahun lebih.. Apa yg penulis katakan semuanya benar.. Dosa lagi banyak pada pahala..Itula yg sy alami skrg.. Kdg2 boleh bersabar.. Kdg2 tewas jugak..bila dgn sy ibu tak nak mkn, tak nak mkn ubat tp bila adik beradik yg lain blik boleh je berperangai normal.. Hanya Allah saja yg tau perasaan ni..hanya Allah tempat mengadu..doakan semoga Allah bg semangat kpd ibu sy dan semoga Allah berikan kekuatan kpd sy utk terus bersabar spya sy dpt menjaga ibu sy dgn baik sehabis baik.. Amiin..

Unknown said...

Alhamdulillah dpt jaga ibu
Tapi ibu suka fikirkan kesusahan anak dia yg lain. Lepas tu dia stress dan sakit.yg jadi mangsa saya nk uruskan dia. Anak yg dia fikirkan langsung x kisah

Unknown said...

Jaga org tua ni nk kena bnyk sabar pahala dpt, silap haribulan dosa pun dapat

Unknown said...

Sebab tu jaga ibubapa ni sama dgn pahala jihad fisabililah..

Unknown said...

Ye saya sedang menjaga bapa yg uzur... sejak akhir-akhir ini.. dia. Jdi..pemarah.. ckp dan bercerita yg bukan2..semoga Allah memberi kekuatan dan semangat kesabaran buat saya.. InshaAllah Aamiin

Cikgu Lan said...

Skrg sy & isteri menjaga mentua yg sakit nyanyuk..sakit lain x ada..isteri ank tunggal bekerja..hari-hari ngadap uruskan kencing berak semua...mentua sihat cuma lupa dan nyanyuk..Masya Allah hanya tuhan shj yg tahu dan kesabaran yg tinggi...semoga kami tabah ujian Allah ini...baru faham pepatah berat mata memandang berat lg bahu memikul...

Hamba Allah said...

Sama lah saya ..ank tunggal .anak kecik 2 lagi.. kengkadang nangis tepi bucu katil .. kadang hilang pedoman .. doakan saya semoga diberikan kekuatan

Hamba Allah said...

Sama lah saya ..ank tunggal .anak kecik 2 lagi.. kengkadang nangis tepi bucu katil .. kadang hilang pedoman .. doakan saya semoga diberikan kekuatan

Unknown said...

Betul. Selalu anak yg hr2 jaga tak diendahnya penat ke, kerja tak siap ke, rumah sendiri mcm kapal pecah ke. Bila anak yg lain dtg, wahhh bukan main ceria. Gelak tawa. Yang kita buat macam2 x nampak pun. Usaha itu in nak bagi baik, nak bg sembuh. Tiba masanya nanti, kita sebelah mata pun tak dinampaknya. Malah, depan anak yang lain kita dilekehkan. Penat jga tak hilang. Tambah sakit di hati lagi. Rasa nak give up je.

Babaque said...

Saya terjumpa semula post lama ni. Kedua ibubapa saya telah pun dijemput Ilahi.. Ibu saya dijemput Ilahi pada 21 Jun 2016 bersamaan 16 Ramadhan 1437 dan ayah saya pada 13 Mei 2021 bersamaan 1 Syawal 1442. Saya telah berusaha menjalankan tugas sebagai seorang anak sebaik-baiknya untuk kedua Allahyarham dan Allahyarhamah ibubapa saya. Alhamdulillah saya puas dapat berbakti kepada mereka berdua. Walaupun sedih mereka telah tiada.. Saya Redha.. Setiap yang hidup akan merasa mati. Sebagai anak.. Saya doakan mereka tenang di sana. Ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh-solehin. Husnul khatimah.

AlFatihah utk Allahyarham dan Allahyarhamah ibubapa saya, Haji Noh bin Haji Mohd Ali (Penghulu Noh) dan Hajah Zaina Bun binti Haji Abdul Rahman.. Asal Kuala Kangsar, Perak.

Amin.. Aminn.. Aminn Yarabbal Alamin

Unknown said...

Sama lar kita...anak tunggal mmg nak tak nak kita lar yg kena jaga....mmg mencabar rs byk dosa drpd pahala😪