Tuesday, March 9, 2010

Kolokium Kritikan Media ke 22 Membahaskan Peranan Wartawan Sebagai Agen Pembangunan dan Permodenan

Pepatah `the pen is mightier than the sword’ atau `matapena itu lebih tajam dari sebilah pedang’ dalam bahasa Melayu merujuk ketajaman penulisan seseorang wartawan dalam mengkritik sesuatu isu dan seterusnya memberi impak kepada pembaca dan masyarakat secara umumnya. Peranan wartawan sejak dulu hingga sekarang tidak pernah lari dari matlamat utama iaitu menyebarkan maklumat mendidik dan menyedarkan masyarakat dan pemerintah mengenai apa yang berlaku serta menyelesaikan apa juga kemelut yang melanda masyarakat dan Negara. Walaupun secara umumnya tugas-tugas mereka ini tidak banyak berbeza dari segi matlamatnya, namun dengan perkembangan teknologi baru serta penciptaan media baru, perubahan keatas arus menyampaian maklumat melihatkan satu perubahan yang ketara. Generasi dulu lebih senang dengan media cetak sedangkan generasi alaf 21 ini lebih cenderung kepada maklumat dalam talian atau online news. Buat kali ke 22nya Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam mengadakan Kolokium Kritikan Media yang dianjurkan pelajar semester 5 Kewartawanan. Ini bermakna Kolokium telah diadakan sejak 11 tahun yang lalu melalui kerjasama pelajar dan pensyarah kewartawana. Dalam ucapan perasmian Kolokium berkenaan, Prof Dr Mokhtar Muhammad memberitahu sejak kajian ilmu komunikasi diperkenalkan sekitar tahun 70an disiplin ilmu ini telah mengalami perubahan dan perkembangan pesat. Jika dulu aspek komunikasi lebih dilihat sebagai membantu dalam pembangunan sesebuah Negara melalui penyebaran maklumat yang disalurkan melalui media massa kini ianya menjangkaui lebih dari aspek itu.. Prof Mokhtar berkata, di Negara kita aspek komunikasi amat penting khususnya dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat berbilang kaum malah penekanan terhadap komunikasi berkesan sering ditekankan dan diamalkan dalam Negara. Menyentuh mengenai siu yang disebarkan melalui media baru, Prof Mokhtar berkata masyarakat khususnya bakal pengamal media serta golongan belia perlu dididk dan diberikan pendedahan bagaimana untuk menghasilkan penulisan samaada berita atau rencana yang `reliable’ selain kebolehan menapis maklumat yang berasas dan tidak berasas. Ini katanya kerana riak riak besar gelombang media baru akan kekal mendapat tempat dalam masyarakat. Dalam kaitan yang sama, ahli akademik, pembuat dasar dan pelaksana polisi bakal diuji khususnya dari sudut memberikan pendedahan analisis kandungan maklumat secara kritikal dan sekaligus dapat menjamin keharmonian Negara yang berbilang kaum dan agama. Prof Mokhtar juga menjelaskan, melalui majlis ilmu seperti Kolokium ini ia akan dapat menyebarkan maklumat yang komprehensif berkaitan sumbangan yang telah diberikan pengamal media dan wartawan. Jelas majlis seumpama ini amat berguna dan berharga serta memparaktikkan konsep tanggungjawab social khususnya yang melibatkan pengamal media Massa di Negara kita. Ini jelas sejak dulu lagi wartawan dan media massa banyak membantu membangunkan masyarakat melalui laporan dan maklumat yang mereka sampaikan . “ Kecemerlangan sesuatu bidang ilmu sebenarnya tidak mungkin terhasil bersendirian ianya memerlukan pengisian daripada pelbagai sudut pemikiran, pendedahan dan keserasian ilmu yang menajdikan ianya teras terhadap kedinamikannya” kata Prof Mokhtar. Kolokium berkenaan turut mengedakan forum dan perbincangan mengenai isu pernan wartawan. Dua panel dari pengamal media dan bidang akademik telah menguspas isu menarik ini. Datuk A kadir Jasin Pengarah Berita Publishing dan Prof Dr Ahmad Murad Merican dari universiti Petronas mewakili ahli akademik.

No comments: